Wednesday, December 9, 2009

LaMbAian InSan TersaYang....


Aku baru je seminggu datang semula ke KL lps blk cuti raya korban yg lepas. Tp aku rndu sgt dh kt famili di kg.... Waaaa.. Nk wat cam ner ni?? Klu ikut ati, tiap2 mnggu ak nak blK tp kl ngan klate bknnya dkat, klu dkat dh lame ak ulang alik je blk rmah.. aku sanggup wat apa saje tuk berada disamping orang yang aku sayang...

Ma, We...
Mnta maaf sbb k.chik tak mampu jadi anak yang sempurna utk ma ngan we tp k.chik akan cube jd yang terbaik. Insyaallah k.chik akan cube bg contoh yang trbaik tuk adik2. btul ma royak, hanya keluarga yang akan tlng kt mase ssah ngan senang, jgn arapkan orang lain. Ssah nak cari orang yang betul2 ikhlas ngan kite. Kite kene slalu wat baik ngan org tp jgn arapkan kebaikan kt akn di balas dgn kebaikan dan jgn smpi kbaikan yg kt wat mnjdkan org leh pijak2 kt.. Mekasih atas nasihat tu, saya akan jadikannya azimat dalam idup saya....

Hidup skrg banyak mengajar aku tentang hidup. Banyak benda yang aku perhatikan.. Aku sekarang seolah2 sedang menonton drama pentas, lakonan manusia di sekelilingku. Banyak betul rupanya yang aku terlepas pandang selama ini. Hidup yang selama ini aku hanya pandang pada surface shj rupenye byk yg silap. Slame ni, aku mudah percaya pada orang2 yang nampak baik pada luaran tapi sebenarnya di sebalik kebaikan tersabut tersembunyi hati yang keji. Hati yang senang melihat orang lain dalam kesusahan dan hati yang bersorak gembira dapat menyusahkan orang lain... Alhamdulillah, Allah telah buka pintu hatiku untuk menilai seseorang dengan ketulusan hati orang tersebut bukan sekadar luaran. Terima Kasih Ya Allah.

InsyaAllah, lambaian insan tersayang akan sentiasa tersemat dalam hati dan sentiasa menjadi pembakar semangat dikala senang atau susah...

Thursday, November 19, 2009

Labu

Dh agak lama tak menulis kt blog ni, nk kte cbuk sgt x jgak tp..Kui..Kui...

Mggu lepas, mse naik bas nk g um aku dduk la kt sit yg agk dpan, pas2 ade 2 org p'puan duk sit blakang aku. Mcm knal je diorg tp x ingt name so aku snyum je la, x tgur. tkut clap org.Huhuhu...

Diorg cm bncg hal yg serius tp gaye santai. Topiknya ialah "JODOH".. Hehehe.. Mnarik bukan :-) My instinct said '' mybe 1 of them had a bf but she had found another guy n fall in love wid dat guy'' Scaring right... hahaha..

Pas2 aku dgr lg (bkn curi2 dgr tau, diorg ckp kuat2 mstila dgr kn). Biarla aku bg nama 2 org siswi td si A n si B.. Si A nie ckp bf die baek tp ade bnda yg dia x brkenan pas2 die ade knal sorg guy yg mnepati impiannya. Pas2 die tnye si B, ok x klu dia clash ngn bf dia... Nk tau jwpn si B?.... Jwpn dia amt bgus, pnuh brhkmah n buatkn aku pn trfikir same.. Biasenye ak dh mls nk dgr citer cintan cintun org ni, muak sgt dh ak dgr dr citer yg sdey giler cm citer winter sonata smpi la citer yg epi gud lucky cm citer sin chan... Sumernye ade... Hehe.. tp yg ni, lain ckit...

Si B ni die citerkn 1 citer pd si A, citer dia simple tp mnarik. Bermulalah alkisahnya... Pada 1 ari ada sorg cikgu ni adakn pertandingan mncari buah labu yg plg bsar. Sape dapat labu yg plg besar dlm mase yg d ttapkan dialah yg jd pemenang. Pelajarnya ada 3 orang, mereka pn kluarlah mncari labu yg plg bsar.. Sorg plajar ni jumpa je buah labu trus dia petik dan berjumpa gurunya tanpa mencari buah labu yang paling besar. Kemudian, yg ke 2 beria mncari buah labu yang paling besar tetapi berhati-hati dengan masa yang di berikan oleh cikgunya manakala yang ke 3 pula apabila jumpa je buah labu, dia petik kemudian apabila jumpa buah labu yang lagi besar, dia akan buang buah labu yang sebelumnya. Begitulah ia seterusnya..

Kemudian, setelah tamat sahaja masa yang di tetapkan. Kesemua, pelajar tersebut di panggil dan buah labu yang masing2 jumpai di nilai. Pelajar pertama mendapat buah labu yang sederhana besar, pelajar yang kedua mndpt buah labu yang besar dan pelajar yang ketiga, tidak mndpt buah labu walau kecil sekalipun. Ini kerana semasa dia mencari buah labu yang paling besar, dia telah membuang buah labu yang dijumpai sebelumnya tanpa sempat memetik labu yang lebih besar. Cikgunya mengumumkan bahawa pemenang hari tu adalah orang yang berani mencari pembaharuan untuk mendapat yang terbaik di samping berhati-hati dengan segala cabaran dan juga yang menghargai apa yang telah mereka miliki dan mensyukuri nikmat tersebut tanpa menyebut pemenangnya..

pAstu, aku pn pkr... Ape kaitan citer ni ngan mslh si A ni.... Ngah aku pkr ni, si B pn smbg citer die.. Dia tnya si A, fhm x moral citer ni? si A ckp ..x fhm... Maka si B ni pn terangkan.. Dia cakap, citer ni kt bley aplikasi dalam mslh yg si A hdpi. Tak salah klu kt mngharapkan kn yg trbaik drpd pasangan kt tp kt harus ingat cabaran2 yg ada. Apabila kt brsyukur dgn apa yg kt ada kt akn rse dia dh ckp smprna utk kt ttp andai kt rse dia bkn ditakdirkan untk kt, brusahalah untk mndpt yg trbaik, tp kt harus brani ambl rsko andai kt akn khlgn sgalanya....

Emmm... Aku pn pkr sndiri la, dalam soal ni,, setiap manusia di beri kebebasan untuk memilih. X slh kt nk kn yg trbaik aslkn kt pastikn diri kt sndiri adlh yg trbaik. Setiap org ada klebihan n kkrgn, kt harus hargai apa yg kt ada.. Jgn slalu mnghrp org akn hrgai kt, andai kt telah temui org yg bnar2 ikhlas mnyayangi n mnghargai kt, brsyukurla... tetapi andai org itu belum di temui, usahlah merintih n menangisi nasib diri, sesungguhnya Allah itu Maha Adil.. Dia tidak akan menganiaya hamba-Nya... Bersyukurlah pada Nya, sesungguhnya Dialah yang akan sentiasa ada dan menghargai hamba-Nya :-)

Tuesday, October 20, 2009

AnDai ItU yAng kAmu MaHu...


Andai Itu Yang Kamu Mahu,
AkU aKAN tUnaiKAN...


Andai Tiada Lagi Masa Kamu Untukku...
AkU tIDAK AKAN mEnagih mASA Darimu Lagi,

Andai Kau Tak ingin lagi aku campuri Urusan mu..

Aku Tidak akan Tanya lagi apa Urusanmu,

Andai Sendirian Yang Kau Mahu,

Aku Tidak Akan Mendampingimu Lagi,

Andai Aku Hanya Menyusahkan mu,
MaaFkan Aku, Aku tIdak akan Memohon Pertolongan darimu lagi,

Andai Aku yang kau Rase mEnjadi Persainganmu,
Akulah Sahabatmu, Tidak pernah menjadi pesaing bagimu,

Andai Aku Yang Kau Jadikan Tempat Persinggahan di Kala KEsusahan,
Aku Tidak mampu lagi menjadi Seperti itu..

Andai Itu Yang Kamu Mahu.
Aku Akan Tunaikan..

Thursday, September 3, 2009

KerNa SeKEping Hati


KerNa Sekeping Hati,
Aku Rasa cUkup BaHAgia, HaTi BerKata aku maNusia Bertuah, DiLahirkan Dlm Keluarga Islam Yang Bahagia, Meskipun Kadang Kala Badai Menerpa, Senyuman Ibu, Nasihat Ayah, Hilaian Tawa Kak Long, Abg Ngah dan Adik-Adik, Membawa Bersama Derita Didada...

KerNa Sekeping Hati,
Aku Ingin Di Kasihi dan Mengasihi, Namun Ku Harapkan, Orang yang Aku Kasihi Nanti, Mengasihiku Kerna Kasihnya pada Ilahi, Membimbingku Mengenali Kasih Yang Hakiki, Bukan Hanya Duniawi...

KerNa Sekeping Hati,
Jiwaku Mudah Terusik dengan Tingkah Persekitaran, Kadang-Kadang Aku Terfikir,
Adakah Aku Hanya Layak Menjadi Tempat Persinggahan Dikala Susah,
Merasa Bosan aPAbila Sudah TiDAk DiPERLUKAN,
Namun Ku Harapkan...
Perasaan Itu biAR cEPat Berlalu,
Aku Tidak Mahu Ia Bernanah dan Berulat dalam Diriku,
Kerna Ku Takut,

Aku Menjadi Seperti Batu DiPantai,
Walaupun Asalnya Besar dan Keras,

Kerna Sering Dihempas Ombak,

Lambat Laun ia Terhakis Jua,..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku,
Jauhkan lah Aku dARi Sifat Terkeji,

Dan Hasutan Syaitan Laknatullah..


Sebuah hadis nabi bermaksud, “Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, Ketahuilah itulah hati” (Muttafaqun `Alaih).

Kerna SeKeping Hati,
Ku Harapkan.
Nur ILLAHI kan MenYuluhi HatiKu,
Meskipun Ku mEnyedari,

Aku Hanya HambaNYA yang sering Alpa,

Yang Sering BerBuat Dosa padaNya,
Ampunilah HambaMu yang Berdosa ini...

Monday, August 3, 2009

Mengenali Si Dia, Melalui Tarikh Lahir (**,)

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wednesday, July 29, 2009

Hari2 Yg BerLaLu DAn Mendatang

Lame betul x update blog ni.. al-maklumla, ari 2 cbuk ngan exam n thesis, pas2 blk kelate kene praktikal lak.. hehe...

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh tu, tp x pe la, biarlah ia tersimpan dalam lipatan memori sndiri sahaja...

Kehidupan sebagai pljr undergraduate, akan mnjadi satu sejarah dalam hidupku kerana pada 12/8/09 nie aku akan graduat!!!!! Rse cam bru je aku daftar masuk kat umkl nie, skrg dh abis...

Sekarang aku jd RA kt Fc Sc, tp kontrak 6 bln je,,, pas2 kene la pkr sameda nk further study ke nk cr keje,,,,,... huhu, biase la, d lema wanita... Arap2 ape2 keptsn pn nnti biarla yg terbaik untukku, keluargaku, agamaku, dan semua orang..... Amin...

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT ISRAEL!